Assalamualaikum dan haiiiiiiiiiiiii....
Ok post sebelum ni saya ulas tentang English movie, so post kali ni saya akan ulas pula tentang drama kegemaran saya. Drama apa? Of course saya mulakan dengan kdrama aka korean drama hehehe. Tajuk drama tersebut adalah... GOBLIN !
Kim Shin (Gong Yoo) adalah Goblin dan pelindung jiwa. Dia menjadi Goblin kerana dihukum mati oleh raja muda pada zaman 900 tahun dahulu. Oleh kerana dia mempersoalkan kewujudan tuhan, maka tuhan memberi peluang sekali lagi kepadanya sehingga dia bertemu dengan bakal pengantinnya Ji Eun Tak(Kim Go-eun) dan takdir bakal pengantin tersebut pula adalah harus mencabut pedang yang tertusuk di dada Goblin sehingga Goblin bertukar menjadi debu.
Takdir mereka yang terikat antara satu sama lain amat membebankan perasaan, tambahan pula Goblin dan bakal pengantinnya telah mencintai antara satu sama lain. Oleh yg demikian, mereka sentiasa mencari jalan untuk mengelak daripada takdir mereka.
TRAILER
No comments:
Post a Comment